BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

BAKAL DAPAT PUSAT PEMINDAHAN

Resah penduduk Perumahan Kusial Baru, akhirnya terubat bila Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ir. Shaari Haji Hassan sanggup berusaha untuk mendapatkan sebuah bangunan pusat pemindahan banjir bagi penduduk di kawasan tersebut yang seringkali ditenggelami air setiap kali tibanya musim banjir.


Bercakap di majlis makan malam sempena meraikan keluarga ahli jawatan kuasa sukan rakyat perumahan itu di sini kelmarin, beliau berkata, memandangkan kawasan itu berada di kawasan rendah dan terletak di pinggir sungai Kelantan, sudah tiba masanya penempatan itu memiliki sebuah pusat pemindahan sendiri setelah sekolah yang dijadikan pusat pemindahan juga turut sama ditenggelami air.


Kata Shaari, beliau berasa simpati dan prihatin dengan nasib yang dialami penghuni di situ serta kampung sekitar. Namun untuk mendirikan sesebuah bangunan apa lagi pusat pemindahan banjir, peruntukannya bukanlah sedikit.


Apa pun demi kepentingan rakyat, kesukaran itu akan cuba di atasainya dan beliau berjanji akan merealisasikannya dengan secepat mungkin sekiranya pihak tertentu menyediakan tapak bagi mendirikan bangunan tersebut.


Menurutnya, biarpun banjir melanda setahun sekali, namun persediaan untuk menghadapai kemungkinan banjir besar berulang seperti tahun 2004 perlulah di lakukan mulai daripada sekarang.


“Kita akan berusaha. Saya akan kemukaan kepada pihak yang berwajib. InsyaAllah. Berdoalah. Moga-moga kerja baik ini akan cepat menjadi kenyataan,” ujarnya.


Sementara itu Penyelia Pembangunan Mukim Tebing Tinggi, Hanapi Mat Ali melahirkan rasa syukur dan gembira serta menyambut baik dengan janji yang dinyatakan oleh YB Parliman Tanah Merah itu.


Beliau juga berjanji akan berikhtiar untuk mendapatkan sebidang tanah bagi mendirikan bangunan pusat pemindahan banjir tersebut kerana pusat itu bakal jadi milik masyarakat, bukan individu.


Penduduk, Rahim Salleh 48, yang juga merupakan Pembantu Penggerak Masyarakat di situ berkata, apa yang bakal diperolehi nanti adalah sesuatu yang cukup berguna buat semua dan bersyukur kerana sekian lama penghuni di sini mengharapkan satu penempatan khas mangsa banjir akan menjadi kenyataan tidak lam lagi.