BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

INGAT JASA KERAJAAN

Ahli Parlimen Tanah Merah, YB. Dato' Ir. Shaari Haji Hassan menyeru seluruh rakyat di dalam jajahan ini supaya mengingati jasa Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu mereka dalam usaha memberikan keselesaan dan keharmonian hidup.


Katanya, dalam merealisasikan usaha itu banyak jasa telah disumbangkan Kerajaan termasuklah dalam bidang agama dengan menyediakan tempat belajar yang selesa, pendidikan dengan membekalkan makmal komputer ke setiap sekolah, bantuan buku tekas, KWAPM, kebajikan, sukan, rekreasi, pertanian, ICT, pembangunan baik di luar mahu pun di dalam bandar, pelancungan dan banyak lagi.

Bercakap pada pesta memancing terbuka peringkat jajahan Tanah Merah di sini semalam, Shaari berkata, semua itu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana negara berada di dalam situasi aman sejahtera selain perpaduan yang kukuh.

Jelasnya keamanan serta perpaduan padu yang wujud di dalam negara dan desa sekarang memberi peluang kepada Kerajaan untuk terus jalankan segala projek pembangunan yang dirancang.



Menurutnya, jalan-jalan yang telah di bina dan baiki di pedalaman, rumah PPRT dan Mesra rakyat yang diwujudkan, Medan Info Desa untuk kegunaan seluruh penduduk, prasarana sekolah yang telah ditambah untuk keselesaan pelajar mendalami ilmu pendidikan, sukan yang bertaraf antarabangsa, pembangunan dalam bandar semua itu tanda prihatin dan cakna Kerajaan kepada rakyat.


Sambungnya, apa yang telah dinikmati sepanjang lima puluh tahun kemerdekaan ini sebenarnya merupakan suatu nikmat yang tidak terhingga nilainya kepada semua. Justeru itu beliau mohon supaya rakyat terus menjaga keamanan yang ada ini dan mengisinya dengan pembangunan ilmu sebagi modal insan di masa hadapan. Tanpa ilmu pendidikan, pembangunan sesebuah desa dan daerah itu sukar untuk dirancangkan dengan baik.

“Marilah kita sama-sama hargai jasa Kerajaan di samping berterima kasih pada pemimpin dulu dan sekarang yang berusaha bela nasib kita semua. Tanpa usaha gigih mereka kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan murni seperti sekarang” ujarnya

.


pesta memancing tersebut beliau sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang di dalam pertandingan iaitu Hisham Ab. Gahni tempat pertama, Zaid Mustapa ke dua manakala Mamat Mohammad ke tiga. Hampir dua ribu orang peminat memancing mengunjungi pesta tersebut.