BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

PESAN YB DATO'


JANGAN MALU JADI PETANI

Rakyat di jajahan ini jangan malu kalau di panggil petani kerana status petani sekarang bukan lagi untuk diremehkan. Demikian kata Ahli Parlimen Tanah Merah, YB. Datuk Ir. Shaari Haji Hassan ketika berucap pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanah Merah kali ke 29 di sini semalam.


Katanya, kalau zaman dulu mungkin seseorang itu malu kalau dipanggil petani. Tapi dalam zaman global sekarang, panggilan itu sudah berubah. Seseorang yang menjadi petani, sebenarnya antara orang yang berjasa kepada negara. Tanpa petani, kenikmatan padi atau sayur-sayuran sukar untuk dirasai.

Sambungnya lagi, bidang pertanian kalau diusahakan secara bersungguh-sungguh dan sistematik akan memberikan pulangan sungguh lumayan kepada petani sekaligus menjadikan bidang pertanian sebagai cabang perniagaan.


Menurut Shaari, beras merupakan komoditi penting kepada negara. Justeru untuk memenuhi keperluan beras negara, para petani digalakkan menanam padi. Tanah-tanah kosong yang ada dijajahan ini haruslah di tanam dengan padi, selain sayur-sayuran. Usaha yang bersungguh-sungguh itu akan mengurangkan impot berasa negara dari negara jiran.

“Kementerian telah menyediakan sejumlah peruntukan yang banyuk bagi memajukan bidang pertanian. Oleh itu saya menyeru seluruh rakyat di dalam Parlimen Tanah Merah supaya merebut peluang di sediakan ini demi untuk menampung pendapatan keluarga seterusnya menjana ekonomi penduduk setempat,” katanya.


Selain daripada itu Shaari juga menggesa rakyat supaya waspada dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan dari menyewa tanah bagi diusahakan tanaman padi kerana hasil mereka dapati terlalu banyak berbanding apa didapati tuan tanah.

“Saya harap Tanah Merah bakal menjadi jajahan jelapang padi satu hari nanti seterusnya antara daerah penyumbang kepada beras negara. InsyaAllah, kalau tanah-tanah kosong yang ada di dalam jajahan ini diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak impian dan hasrat itu akan tercapai dan boleh mengurangkan impot beras negara,” ujarnya.


Turut hadir pada majlis perasmian tersebut Pengarah LPP Negeri Kelantan Tuan Haji Shamsuddin Mat Rani dan Pengerusi PPK Tanah Merah, En. Shafie Daud.