BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

RAKYAT KENA MAHIR KRAF TANGAN

Ahli Parlimen Tanah Merah, YB Dato' Ir. Shaari Haji Hassan menggesa rakyat supaya memanafaatkan hasil sumber asli seperti rotan, buluh, kelapa dan mengkuang dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

Katanya, kemodenan hidup tidak seharusnya melupakan seni kraftangan yang telah diwarisi sejak turun temurun. Sumber asli yang telah disediakan itu itu cukup bernilai dan berharga mahal kalau mampu digubah dengan baik, cermat dan kreatif.


Menurutnya, dalam usaha menembusi pasaran global, hasil kraf tangan mesti dikemas kini agar ianya lebih menarik, canggih dan bermutu tinggi. Justeru corak-corak moden yang lebih efisyen, inovatif, perlulah di adaptasikan dalam penghasilan kraf tangan yang menawan bagi menambah nilai penghasilan kraf tangan tersebut.

Sambungnya, dipasaran antarabangsa bertimbun barangan kraftangan yang dihasilkan negara lain. Justeru dalam usaha menyaingi mereka, rakyat haruslah mencari idea lain yang lebih efektif serta komersial berunsurkan ciri-ciri moden dan canggih dan jangan sesekali berpuas hati dengan apa yang telah dimiliki.


Tambah Shaari, dalam usaha memperkasakan barangan kraf, Tanah Merah bakal memiliki Pusat Setempat Kraftangan tidak lama lagi. Di pusat itu hasil kraftangan dari pedalaman akan dikumpul kemudian ditempatkan di situ. Selain itu pusat tersebut juga akan dijadikan tempat remaja dan belia menjalani latihan perihal kraftangan, seterusnya menjadi tempat promosi kepada pelancung dalam dan luar negara. Segala kelengkapan kraftangan seperti mesim akan ditempatkan di pusat tersebut.


“InsyaAllah, kita akan mencari sebidang tanah sekitar lebuh raya bagi mendirikan pusat itu. Justeru saya mahu masyarakat seluruh Parlimen Tanah Merah beri tumpuan kepada kraftangan kerana pendapatan hasil kerjatangan itu juga lumayan. Jangan pinggirkan kraftangan kerana sumber itu membantu memperkenalkan negara kepada dunia, ” ujarnya.