BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

SAYA MASIH SAYANGKAN DATO'






















Saya masih sayangkan dato'. banyak budi dato' di Tanah Merah ini. Saya akan tetap bersama dato' meskipun seribu halangan mendatang. teruskan perjuangan ini dato'. jangan undur dengan rintangan kerana rintangan akan mematangkan seseorang. halngan akan menajamkan akar fikir untuk terus mara menjadi seorang pejuang yang berjaya

TERUSKAN PERJUANGAN






















Yang berlalu biarkan berlalu. Adat bertanding, ada menang ada kecundang. apa pun marilah kita semua bersatu dan menyusun semula barisan, merapatkan saf semangat, muhasabah diri kita,menggandakan iktiar, untuk kembali menerajui daerah yang paling disayangi ini. buang yang keruh ambillah yang jernih. bekerjalah biarpun dalam rasa putus asa kerana hasil yang diperolehi dari rasa putus asa itu, merupakan hasil yang paling baik, hebat dan cemerlang. hari ini, marilah kita buang jauh-jauh ketawa kita yang mungkin dibenci oleh orang lain. marilah kita semua senyum, kerana senyuman itu permulaan pada sebuah kemenangan.

PEMBANGUNAN




























Banyak pembangunan akan dijalankan di dalam Jajahan Tanah Merah selepas pilihanraya nanti. Jalan-jalan akan dinaik taraf, lampu jalan akan dibekalkan ke kampung-kampung, tapak-tapak rumah bagi pesara estate akan diusahakan, pendidikan agenda utama dan banyak lagi. Justeru, berilah kepercayaan kepada Dato' untuk pimpin Parlimen sekali lagi.

TERUSKAN KECEMERLANGAN


Bantuan pendidikan tidak pernah Dato' abaikan. Pendidikan agenda utama Dato'.

DEMI SEMUA


Misi pembangunan, antara program Dato'.

ORANG-ORANG HEBAT





























Wajar sekali Dato' menjaga Parlimen Tanah Merah kerana beliau merupakan antara orang-orang yang berfikiran hebat. Kerana hebat Dato, banyak jasanya telah ditaburkan pada Parlimen seliaannya.

ILMU MUSTAHAK


Bertanyakan khabar mengenai ilmu paling Dato titik beratkan. Justeru kerana sayangkan ilmu pendidikan beberapa buah pusat pendidikan bertaraf elit dan moden akan di dirikan di Tanah Merah ini.

PELAJARAN MUSTAHAK


Arus globalisasi menjadikan pendidikan mustahak. justeru, Dato' menekankan kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh demi untuk mencipta kecemerlangan. Dato' tahu anak Tanah Merah boleh!

UITM


Kehebatan Dato' disanjungi semua. Pegalaman daripada Dato' Professor dijadikan panduan dalam menjalankan tugasan mentadbir Parlimen.

KUNJUNGAN


Kekerapaan mengunjungi rakyat jelata walaupun di mana sahaja berada, menyebabkan Dato' di sayangi semua.

CAKNA PENDIDIKAN

















Di majlis mesyuarat Dato' tak pernah uzurkan diri. Di situ Dato' bertemu rakyat dan sedia mendengar masalah yang dihadapi rakyat di dalam Parlimennya.

KONGSI SIMPATI


Kesakitan rakyatnya di kongsi Dato'. Cakna Dato' bukan boleh di nilai dengan wang ringgit. Inilah YB yang berkhidmat.

KATA DI KOTA

























Dato' mengotakan kata dan janjinya. Kini janji dan kata itu tertunai sudah. MRSM tetap di Tanah Merah.

BERSAMA

Kehadiran Dato' ke dalam masyarakat India ternyata memberikan ikatan kukuh antara pemimpin dengan rakyat. Tanpa mengira agama dan bangsa, Dato' mahu bersama demi misi pembangunan desa dan negara.

PEMBANGUNAN

Banyak kemajuan akan di adakan di kawasan ini. Bila Dato' berjanji, dia tepati. Inilah kelebihan dato' Parlimen kita. Bukan tabur janji kosong.

PERJUANGAN BELUM SELESAI


Banyak lagi agenda perdana Dato di Parlimen Tanah Merah. Tunggu selepas pilihanraya nanti. Teruskan perjuangan ini Dato'.

WAJAH GIGIH



Usaha Dato' akhirnya menjadi kenyataan. Tanah Merah bersyukur kerana memiliki seorang pemimpin Parlimen seperti Dato. Teruskan perjuangan yang belum selesai ini.

HEBAT DATO'


Sayangkan rakyat, Dato' sanggup korbankan segalanya demi untuk kemajuan rakyat. Bukan setakat MRSM, banyak lagi kemajuan akan di bawa ke Parlimen Tanah Merah ini.

MANAFAAT MRSM


Kepada seluruh warga Tanah Merah, manafaatkanlah pembinaan MRSM ini demi untuk tingkatkan kecemerlangan pendidikan di jajahan ini. Hargai jasa Dato' dengan memilihnya sekali lagi menjadi wakil rakyat Parlimen Tanah Merah. Syabas Dato'!

TANAH MERAH MAJU






















Idea Dato' hebat! Kewujudan MRSM secara tidak langsung menjadikan Tanah Merah maju, makmur dan gemilang. Tanpa Dato' tentunya MRSM tidak mungkin ddirikan di Tanah Merah ini.

MRSM IDEA DATO


Tanggungjawab Dato' untuk membawa pembangunan di Tanah Merah, akhirnya berjaya, bila Maktab Rendah Sains MARA ke 6 dibina di dalam Parlimen seliaan Dato'. Terima kasih Dato.

PERASMIAN MRSM


Tanah Merah bertuah di bawah Dato'. Akhirnya MRSM ke 6 dibina di Batu 4 jalan Tanah Merah Jeli dengan nilai ratusan juta ringgit. InsyaAllah 2010 MRSM Tanah Merah akan mula menerima pelajar sulongnya.

BERSATU


Penyatuan jitu antara masyarakat India dan Melayu ternyata mengembirakan Dato. Perpaduan kukuh ini ternyata memberi peluang kepada Dato menyediakn kertas kerja pembangunan di pedalaman.

BERFIKIR


Akan ada projek pembangunan di luar bandar, itu yang difikirkan Dato'. Justeru, masyarakat berbilang kaum dan warna kulit jangan risau. Dato' akan pastikan setiap desa menikmati pembangunan negara.

SELESAIKAN MASALAH


Kunjungan Dato' memberikan sinar baru pada penghuni pedalaman.

MESRA RAKYAT














Ada masalah cakap pada Dato'. Dato' sedia mendengar dan menyelesaikan masalah itu.

LAWATAN


Lawatan Dato' bukan sia-sia. Turunnya ke desa pedalaman sebenarnya hendak membantu rakyat, selain menyelami masalah pembangunan di sesuatu kawasan itu. Justeru, langkah Dato' di pedalaman adalah langkah pertolongan buat semua, tanpa mengira warna kulit.

YAKIN



Kepimpinan Parlimen Tanah Merah ternyata makmur di bawah seliaan Dato'. Banyak kemajuan dapat dilaksanakan. Sifat cakna Dato' terhadap semua golongan menyebabkan rakyat menyenangi beliau.

MENGADU


Segala kesulitan dan kepayahan yang dialami dicurahkan kepada Dato'. Dato' pula segala masalah rakyat diambil kira. Justeru, keakraban ini biarlah berlanjutan sampai bila-bila, kerana keakraban membolehkan projek pembangunan dilakukan di kawasan tersebut. Mengadulah pada Dato' kerana Dato' prihatin masalah rakyat.

TANYA KHABAR


Kemana sahaja Dato' pergi, dia tetap disenangi rakyat. Kerana jasa dan baktinya pada sesuatu kawasan, maka dia dihargai dan cara yang paling baik bagi menghargai jasa beliau ialah dengan mengundi BN. Biarkan kerusi Parlimen Tanah Merah berada di bawah jagaannya, barulah rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.

TURUN PADANG


Berbincang masalah rakyat adalah tugasan utama Dato'. setiap kesulitan dan kepayahan dikongsi bersama rakyat. Caknanya Dato' pada rakyat menyebabkan rakyat sayang dan sokong Dato'

YANG BERHORMAT YANG BERKHIDMAT


Inilah wakil rakyat yang berhormat dan berkhidmat. kerana jasa Dato' banyak pembangunan dan kemajuan dapat dilaksanakan di dalam jajahan Tanah Merah. Memilih Dato adalah pilihan yang tepat.

DENGAR NASIHAT



Banyak projek pembangunan akan dilaksanakan di Kerilla. Itu kata Dato' dan Dato tidak pernah mungkir janji.

GEMBIRA


Kaum wanita juga sokong Dato. Kedatangan Dato ke Ladang Kerilla ternyata membawa kesejahteraan kepada mereka. Bergambar dengan Dato bermakna satu undi buat Dato' yang budiman.

KAMI SOKONG DATO'


Masyarkat India juga sayangkan dato. Dato' pula sayangkan masyarakat India. Keakraban ini memberikan peluang kepada Dato untuk mememprtahan dan seterusnya menyandang BN di Tanah merah ini.

TETAP UNDI BN


"Dato jangan bimbang, kami sekelamin akan pakah BN. Jangan digobar tok, Boktan dato rajin mari kampung ambolah yang ambo nak pakah dato ni"

DATO' DISEGANI


Kemana sahaja Dato pergi, Dato tetap menjadi tumpuan penduduk desa. Inilah hebatnya Dato'. Justeru peluang untuk memenangi kerusi Parlimen Tanah Merah tetap cerah.

DENGAR MASALAH RAKYAT


Kesudian Dato' mendengari masalah rakyat sebenanrya kerja orang Yang Berkhidmat. Justeru, Datolah orang yang berkhidmat pada rakyat di Perlimen Tanah Merah. Lalu, terlalu baik kiranya kalau parlimen Tanah Merah terus diterajui Dato'.

PERPADUAN


Keakraban Dato' kunjungi masyarakat dari segenap lapisan, ternyata membuak ruang kepada Dato untuk terus terajui Parlimen Tanah Merah.