BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

TERIMA KASIH


Terima kasih kepada semua yang mengundi saya di dalam PRU 12 baru-baru ini. ketewasan saya bukan bermakna parti lawan itu kuat. Mungkin ada kesilapan saya. Apapun saya harap dan menyeru kepada semua , supaya jangan kecewa dengan kekalahan ini. Marilah kita bersatu dan berani menghadapi kegagalan ini dengan reda dan terbuka. Dr. Sun Yat Sen 10 kali gagal sebelum berjaya menjadi Bapa China MOden dan pada cabaran ke 11, barulah ia berjaya mengotakan impiannya. Ingatlah! kekalahan ini bukan tempat kita merehatkan perjuangan kita, tetapi sekadar medan berfikir tentang kesilapan kita , agar di masa akan datang kita dapat melangkah hebat dengan natijah yang konsistan untuk menuju tempat tinggi yang cemerlang.