BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Sumbangan Tahun Baru Cina




Sempena Tahun Baru Cina kali ini Dato memberi sedikit sumbangan biskut raya kepada kaum Tionghua kawasan parlimen Tanah Merah.Walaupun sumbangan tersebut tidaklah seberapa tetapi cukup bermakna bagi kaum cina di Tanah Merah yang bakal meraikan Tahun Baru tidak lama lagi.Ini menunjukkan betapa Dato perihatin dan sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai kaum tanpa mengira fahaman dan adat serta budaya di antara mereka.Kemakmuran yang dikecapi hari ini haruslah dikekalkan demi kebahagiaan semua kaum di negara ini."Jangan hiraukan hasutan dari pihak yang tidak bertanggungjawap yang cuba menanamkan perasaan hasad dengki dan saling curiga- mencurigai antara kita yang pasti boleh merenggangkan hubungan baik yang selama ini terjalin cukup erat" kata Dato. 1 Malaysia seperti di sarankan oleh Perdana Menteri kita Dato' Sri Najib Tun Razak menjadi satu amalan bagi penduduk Tanah Merah.-Dato Tiada Rasis Dalam Kamus Hidup-