BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Majlis Bersama Penduduk Kg Kenerak

"Kami hilang keyakinan kepada perjuangan Pas,kami ingin beralih arah kepada Umno dan BN pada PRU13 nanti".Itu luahan daripada hampir 100 orang penduduk kampung Kenerak dalam satu majlis ramah mesra dan jamuan ringan (barbeque) pada 18 April 2012 yang lalu.Dato memainkan peranan penting memberi kesedaran kepada mereka dimana nasib mereka tidak pernah mendapat pembelaan daripada kerajaan Pas malah hak mereka dinafikan dan dirampas dalam isu Ladang Rakyat."Sokongan kami terhadap Pas selama ini adalah sia-sia dan tidak pernah dihargai,kami amat merasa kecewa dan terkilan dengan kerakusan para pemimpin-pemimpin Pas yang merampas hak kami dan inilah masanya untuk kami berubah".Mereka sebelum ini telahpun menyerahkan borang keahlian Umno dan berjanji akan menyokong Umno dan BN dalam PRU13 nanti.
Add caption







Bemesra dengan penduduk kampung


Ustaz Baharudin turut hadir memberi sokongan