BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Majlis Perasmian Post KRT Kemahang

 KEMAHANG.Satu majlis perasmian Post kawalan KRT kemahang diadakan pada 11.5.2012.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En.Hasri Bin Omar selaku Timbalan Pengarah Perpaduan dan Intergriti negeri kelantan.Beliau memuji semangat dan ketekunan ahli KRT secara sukarela menjalankan aktiviti kawalan tidak mengira masa terutama sekali kawalan waktu malam demi menjamin keselamatan penduduk kemahang.Post yang menelan belanja sebanyak RM70.000 tersebut dapat dimanfaatkan oleh Ahli KRT untuk pelbagai aktiviti.Dato ir Shaari yang juga merupakan Penasihat SKTMJ dan Keselamatan  Tanah Merah,Machang,Jeli turut memberikan ucapan dalam majlis tersebut.Dalam ucapan beliau,dengan adanya post kawalan baru tersebut kawalan keselamatan lebih efektif dan dapat mengekang kegiatan jenayah di kawasan Kemahang supaya penduduk merasa lebih terjamin terutama sekali pada waktu malam.Beliau juga menyentuh tentang perpaduan antara kaum tanpa mengira fahaman politik turut sama memberikan sumbangan.Ini kerana menurut beliau tanpa kesedaran tentang perpaduan erat kerjasama yang baik antara kita akan menyebabkan kemusnahan bagi negara Malaysia yang amat memerlukan hubungan yang baik antara kaum tanpa mengira bangsa dan budaya serta fahaman politik..
.