BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Himpunan Bantahan Pemberian Pajakan Tanah Kepada Dua Wakil Dap Perak Dan Bantahan Terhadap Pengambilan Padang Merdeka Tanah Merah Pada 4/1/2013.

 Satu himpunan bantahan secara aman diadakan di sekitar masjid besar Tanah Merah menuju ke IPD Tanah Merah pada hari ini .Seramai 500 orang yang hadir berdemontrasi untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka terhadap tindakan kerajaan negeri  memberikan pajakan kepada dua wakil rakyat DAP Perak seluas 10250 ekar di Mukin Relai Gua Musang.Mereka juga mengadakan bantahan keras terhadap penganbilan padang Merdeka Tanah Merah untuk tujuan komersial.Turut hadir menyertai bantahan tersebut Timbalan Ketua Bahagian serta Naib Ketua Bahagian Tanah Merah Ustaz Baharuddin dan cikgu Bakri berganding bahu bersama Dato Ir Shaari bagi memberikan sokongan.Beberapa badan Ngo parlimen Tanah Merah turut hadir antaranya ialah PERKASA,MEMBARA,PERSATUAN KERETA SEWA,SKTMJ dan Ngo-Ngo yang lain serta penduduk Tanah Merah.Satu laporan Polis dibuat di IPD Tanah Merah supaya pihak berkuasa  dapat menjalankan siasatan.