Program dibawah kelolaan Dato Ir Shaari diadakan bagi merapatkan lagi hubungan diantara masyarakat dan penggiat seni dikir barat supaya medium yang ada dapat digunakan untuk menyampaikan mesej yang berguna kepada orang ramai.Dalam ucapan Dato beliau menyentuh tentang persepsi negatif masyarakat terhadap penggiat seni dikir barat adalah tidak benar.Mereka sepatutnya diberi peluang dan ruang untuk berkarya kerana budaya warisan bangsa sepatutnya dipelihara.Beberapa orang pendikir tersohor dijemput membuat persembahan dan mendapat sambutan yang amat membaggakan.Kehadiran peminat melebihi 1000 orang cukup memeriahkan suasana pada program tersebut.