BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Program Malam Gemilang Bersama NGO-NGO Parlimen Tanah Merah Dan Sambutan Maulidurrasul Serta Program Rentas Kampung Bersama Kelantan FM 26/1/2013.

 Program diadakan di Kem Desa Gemilang Lata Hujan adalah sempena menyambut bulan Maulidurrasul yang mana turut digandingkan dengan Program Rentas Kampung bersama Kelantan FM pada siang hari.Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan Ustaz Aziz Yahya daripada Pondok Genting Tumpat dan disusuli selawat keatas Nabi,Sejurus kemudian Dato Ir Shaari memberi ucapan dihadapan tetamu yang hadir seramai lebih 2000 orang yang mengibas kembali pejuangan Nabi Muhammad (SAW).Tetamu Kehormat YBHG. Dato' Sayuti Bin Mukhtar (Pengarah Penyiaran Negeri Kelantan) juga memberi ucapan dimana beliau amat mengagumi dan terharu dengan sambutan dan kehadiran yang begitu ramai.Dalam ucapan beliau sebanyak 14 program Rentas Kampung Kelantan FM,kali ini yang paling hebat dan mendapat sambutan yang cukup  meriah sambil merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Dato Ir Sahari.