BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Lawatan Banjir Ke Kawasan Parlimen Tanah Merah 26/2/2013.

 Dato Ir Shaari bersama rombonga melawat mangsa banjir di sekitar kawasan Parlimen Tanah Merah terutama kampung Alor Pasir, Bukit Kecil dan Padang Kijang.Beliau dan rombongan menuju ke Sk Alor Pasir dimana ditempatkan beberapa orang mangsa banjir setelah rumah mereka dinaiki air semalam.Dilaporkan seramai 15 mangsa diperingkat awalnya ditempatkan di situ dan masih ramai lagi berkemungkinan akan di pindahkan memandangkan hujan lebat masih lagi berterusan.Dato menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban kerana dimusim begini kebanyakan mereka terutama penduduk kampung tidak boleh melakukan kerja harian.Wartawan RTM turut serta bagi membuat liputan berkaitan banjir dan sempat menemuramah Dato serta mangsa yang terlibat.