BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate Di Perantauan Di Stadium Bukit Jalil 2013 Pada 17/2/2013.

 Di Stadium Bukit Jalil berlangsungnya majlis Himpunan Perdana anak-anak Kelantan di perantauan menyaksikan satu perubahan yang amat membanggakan pada kali ini dimana lebih 15000 orang yang  yang hadir menunjukkan kesedian mereka untuk memberi sokongan kepada kerajan Barisan Nasional pada pilihanraya ke 13 nanti.Ketibaan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak dan Isteri disambut begitu meriah sekali.Dalam ucapan Perdana Menteri,sekirannya diberi mandat kepada kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinannya pada PRU ke 13kali ini,beliau akan melakasanakan pembangunan di negeri Kelantan demi membela nasib rakyat selama ini  terbelenggu dengan janji-janji kosong kerajaan pembangkang.Sebelum itu Dato Ir Shaari tiba diperkarangan stadium,beliau didatangani oleh wartawan RTM untuk memberi ulasan tentang senario politik kelantan pada ketika ini.Dalam ulasan beliau,apa yang berlaku di Kelantan ketika ini,rakyat telah mula sedar dengan isu-isu moral pemimpin pembangkang yang sedikit pun tidak mengutungkan rakyat malah hak rakyat dirampas,Dalam pada itu,rakyat kelantan menyambut baik transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri demi mahukan perubahan dan sekali gus akan membela nasib mereka agar tidak lagi diperkotak- katikkan oleh kerajaan Pas.(Temubual Dato Ir Shaari dapat disaksikan dalam berita RTM dan rancangan Selamat Pagi Malaysia).Perkataan "TUKAR" berkumandang dilaungkan oleh Perdana Menteri dan warga Kelantan dengan penuh semangat menggamatkan stadium Bukit Jalil.