BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Majlis Gotong-Royong Kesukarelawan bersama Pelajar Uitm Dan Penduduk Kampung Padang Siam Pada 23/2/2013.

 Majlis gotong-royong anjuran PDM Padang Siam yang melibatkan penduduk kampung dan para pelajar UiTM, bersama-sama membersihkan kawasan kampung.Para pelajar yang terlibat dalam program anak angkat dibawa oleh ibu bapa angkat mereka menyelinap ke seluruh kawasan kampung bagi memahami serta menghayati kehidupan masyarakat kampung yang sentiasa hidup dalam harmoni dan saling tolong menolong antara satu sama lain.Dato Ir Shaari walaupun dalam keadaan sibuk, sempat meluangkan masa untuk bemesra dan bertanya khabar tentang aktiviti mereka sepanjang berada di kampung tersebut,Rata-rata pelajar merasa kagum dengan keharmonian dan kemesraan yang diberikan sepanjang mereka berada disitu dan segala jasa dan budi baik ibu bapa angkat mereka tak mungkin dilupakan sepanjang hayat.