BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Sambutan Maulidurrasul KRT Kemahang Tiga 1/2/2013.



Dato dijemput bersama-sama ahli KRT dan penduduk Kemahang 3 dalam perarakan maulidurrasul yang menjadi acara tahunan sejak dahulu lagi.Dalam ucapan dato,beliau menekankan sikap kesederhanaan dalam kehidupan akan membentuk keperibadian yang mulia dan sentiasa bersyukur dalam apa jua keadaan ketika senang dan susah.Peneroka Felda adalah satu golongan yang amat bertuah yang mana mereka mendapat durian runtuh baru-baru ini sudah pasti akan meringankan beban tanggungan keluarga.Mereka juga dinasihat menolak apa jua bentuk tohkmahan dan fitnah dari mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab
yang cuba menangguk diair keruh yang hanya merugikan golongan peneroka.
Menurut Dato, kerajaan di bawah pimpinan Dato Sri Najib sentiasa memberi perhatian dan membela nasib peneroka agar mereka tidak ketinggalan dari arus pembangunan negara.