BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Lawatan YB. Datuk Haji Ahmad Bin Maslan Ke Kemahang 2 Pada 30.3.2013.

 Lawatan Datuk Ahmad Maslan ke Kemahang 2 ternyata cukup bermakna bagi penduduk.Disamping merasmikan dewan serbaguna beliau juga memluluskan beberapa peruntukkan berkaitan dengan kemajuan dan keperluan penduduk terutama masaalah air yang selama ini membelenggu mereka.Dato Ir Shaari sempat bertemu dan bertanya khabar kerana Datuk Ahmad merupakan kenalan lama beliau.
























Masaalah Air Di Felda Kemahang 3 29/3/2013

f
 
Penduduk Felda Kemahang 3 keluar beramai-ramai untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka  mengenai masaalah bekalan air yang sekian lama terjejas yang mengakibatkan aktiviti harian mereka terbantut.Tambahan pula ketika musim kemarau ini keadaan mereka lebih tertekan apabila bekalan air langsung terputus menyebabkan mereka terpaksa membeli air di luar kawasan untuk bekalan minuman,"Kami amat sedih kerana dimusim cuti beginilah untuk mengadakan kenduri kendara namun, apa daya kami terpaksa membeli air dari pihak luar menggunakan khidmat lori tangki"luahan seorang penduduk.Dato Ir Shaari selaku penaung NGO Tanah Merah mengetuai penduduk kampung mendesak agar pihak kerajaan negeri memberi perhatian yang serius dan bertindak segera bagi menyelesaikan masaalah tersebut.Pihak TV3 juga turut hadir membuat liputan di lokasi dan rumah penduduk yang terjejas.