BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Laporan Polis Terhadap Tian Chua Di IPD Tanah Merah Pada 10/3/2013.


 Seramai 300 orang terdiri daripada Peneroka Felda Kemahang 1,2 dan 3 serta beberapa NGO Tanah Merah telah membuat laporan polis di IPD Tanah Merah tehadap Tian Chua berhubung dengan kenyataan beliau bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu Sabah adalah sandiwara.Kenyataan yang berbaur hasutan tersebut telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia terutama sekali keluarga pihak keselamatan yang terkorban dalam menegakkan kedaulatan negara.Dato Ir Shaari  selaku penaung NGO Tanah Merah dalam kenyataannya di hadapan pemberita,menggesa pihak berwajib mengambil tindakan yang tegas terhadap Tian Chua diatas kenyataannya yang tidak bertanggungjawab dan berbaur hasutan.Tegas beliau penderhaka seperti ini tidak layak hidup di bumi Malaysia yang bertuah ini dan sepatutnya dihalau keluar.Kami rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga  Pihak Keselamatan yang terkorban dalam Ops Daulat di Lahat Datu dan diharapakan mereka bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan tersebut.Gugurnya bunga bangsa demi mempertahaankan kedaulatan negara akan tetap kami hargai tegas beliau.