BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Lawatan Sehari YAB. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin Ke Kelantan Pada 1/3/2013.

 Lawatan TPM ke Kelantan mendapat sambutan luarbiasa dari kalangan rakyat dan golongan muda pada kali ini.Dimana setiap program yang berlangsung pada hari itu dihadiri ramai pengunjung daripada semua lapisan masyarakat.Ini dinyatakan sendiri oleh beliau ketika memberikan ucapan di Tanjung Chat dihadapan 20000 orang yang hadir terutama sekali golongan muda.Beliau amat bangga dengan perubahan yang ditunjukkan oleh golongan ini yang mula memahami perjuangan Umno dan menghayatinya,Sebelum itu TPM menghadiri majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di RTC Tunjung dan bertemu dengan 30000 orang yang setia menuggu kehadiran beliau.Kemudian beliau menunaikan solat Jumaat sebelum datang ke Komplek Kebudayaan Tanjung Chat untuk Majlis Himpunan Anak-Anak Muda Kelantan.Dato Ir Shaari turut serta dalam majlis tersebut dan sempat berbual mesra dengan TPM dan bertanya khabar antara satu sama lain."Tukar"...satu perkataan yang menyuntik semangat rakyat Kelantan terus berkumandang demi mahukan perubahan terutama sekali suara golongan muda.