BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Majlis Aku Janji Ahli-Ahli Umno Peringkat Akar Umbi Umno Bahagian Tanah Merah Di Dewan Sek. Men. Keb. Belimbing Pada 6/4/2013.




Wallahi..Wabillahi..Watollahi...itulah ungkapan yang bergema di dewan Sek Men. Keb. Belimbing dalam majlis Bai'ah yang dilafazkan oleh ahli Umno Bahagian Tanah Merah diperingkat  akar umbi.Mereka telah berjanji dan bersumpah akan setia kepada parti dan tidak akan menkhianati calon yang bakal bertanding dalam PRU 13 nanti seperti yang telah ditentukan oleh pucuk pimpinan.Rata-rata ahli yang hadir merasa lega dan tidak lagi ragu-ragu walaupun calon pilihan mereka tidak dicalonkan dalam pilihanraya kali ini,yang penting kemenangan Barisan Nasional adalah menjadi fokus utama. Seramai 3000 ahli yang hadir menunjukan kesepaduan dan semangat untuk bekerja keras dan tiada lagi istilah "Chah Keting" atau sabotaj dalam piliharaya kali ini.Secara keseluruhan majlis malam tersebut adalah amat bermakna di mana kesemua bakal calon yang hangat diperkatan  hadir dan rata-ratanya akur dan serta rela sekiranya nama mereka tidak dicalonkan dan juga mereka sanggup mengetuai jentera parti untuk mencapai matlamat agar Kelantan menjadi milik Barisan Nasional.