BEKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA

Majlis Penyerahan Cek Pampasan Kepada Kaum Asli Dan Kaum Melayu Di Pejabat Tapak Projek Pada 6/9/2013.

 Majlis yang diadakan di pejabat tapak projek Berdang Sg Rual Fasa2 di sampaikan oleh Setiausaha Politik Tok Pa, Ustaz Nasir Md Nor.Sebelum itu Yang Berbahagia Dato Ir Shaari menyampaikan sedikit nasihat kepada penerima pampasan supaya mengunakan wang tersebut dengan berhemah dan berbelanjalah dengan bijak.Dalam ucapan beliau,segala yang diberikan kepada penerima adalah hasil usaha Dato' Sri Mustapa yang merupakan Ahli Parlimen Jeli yang begitu perihatin dalam mebela nasib rakyat.






























Program Merdeka Raya Dan Majlis Pecahtanah Projek jalan Sungai Rual Fasa2 Pada 31/8/2013.

Kerja-kerja telah pun dimulakan.





Program yang bermula dari pukul 11pagi dan berakhir pada pukul 4.30 petang dikunjungi oleh lebih 5000 orang penduduk Jeli dan Tanah Merah.Majlis pecahtanah disempurnakan oleh Setiausaha Politik Ybrs Ustaz  Nasir Md Nor mewakili Dato' Seri Mustapa Muhamed.Majlis dimeriahkan dengan perarakan Jalur Gemilang oleh 4x4 Tanah Merah serta kovoi bermotosikal berkuasa tinggi dan diikuti konvoi Pro Star Kesihatan Tanah Merah.Kelab Keselamatan Tanah Merah Machang Jeli (SKTMJ) turut sama mengambil bahagian.Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan pada hari tersebut paling istimewa kaum Asli dijemput khas untuk bersama memeriahkan majlis.